SLIDE INTERAKTIF TERNAKAN IKAN AIR TAWAR TINGKATAN 2 ~~,
Tuesday, 19 April 2011
Monday, 18 April 2011
CADANGAN PROJEK TERNAKAN IKAN AIR TAWAR DI PROTON CITY
Projek ternakan ini dibahagikan kepada 3 cadangan yang berbeza mengikut kesesuaian kawasan di Tasik Proton City antaranya Pusat Galeri Ikan Air Tawar yang merupakan salah satu daripada pusat galeri yang menempatkan pelbagai jenis spesis hidupan sungai. Disini pengunjung akan diberikan pendedahan mengenai spesis ikan dan nama saintifik ikan tersebut dengan kemudahan teknologi yang disediakan di dalam bangunan galeri tersebut. Pengunjung akan menggunakan skin yang diletakkan pada setiap tempat untuk mengetahui spesis ikan tersebut, disini pengunjung akan diberitahu secara jelas tentang latar belakang habitat ikan tersebut. Infomasi tentang spesis ikan ini penting kepada pelajar UPSI dan juga masyarakat sekitar proton city ini. Selan itu juga, terdapat juga pusat ternakan yang boleh memperlihatkan bagaimana proses pembesaran ikan-ikan air tawar tersebut daripada penetasan benih anak ikan tersebut sehingga ikan tersebut besar dan boleh di pasarkan. Cadangan seterusnya membolehkan masyarakat melihat sambil menenangkan fikiran mereka di waktu petang dengan bersiar-siar di tempat tersebut.
Cadangan 1: Galeri Ikan Air Tawar |
Cadangan 2: Pusat Ternakan Ikan Air Tawar |
Cadangan 3: Tempat Rekreasi Ternakan Ikan Air Tawar |
Tuesday, 12 April 2011
PROJEK TERNAKAN SERTA PUSAT PENYELIDIKAN IKAN AIR TAWAR...
Projek ternakan ikan air tawar ini adalah kerjasama di antara Fakulti Teknikal dan Vokasional (FPTV) Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan Proton City. Cadanagan projek ini ingin dilaksanakan di Tasik Embanyu Proton City Tanjung Malim Perak...
Tujuan utama projek ini dirancang adalah untuk mengeratkan hubungan antara pihak UPSI dengan penduduk di sekitar Proton City ini...Dengan adanya projek ini, pelajar-pelajar yang mengambil kursus Akuakultur boleh melakukan penyelidikan di kawasan ini...
Selain itu, penduduk setempat boleh terlibat dengan aktiviti yang terdapat di kawasan itu...pelajar-pelajar sekolah boleh membuat lawatan bagi mendapatkan info mengenai ternakan ikan air tawar. Sebuah galeri di bina di mana segala info boleh diperolehi di situ secara online...hasil ternakan yang segar juga dijual kepada orang ramai dengan harga yang berpatutan...
Di sini terdapat 2 design yang dicadangkan
Design 1
Design 2
Friday, 1 April 2011
Sabkhi
Assalammualikum w.b.t , selamat datang kepada pengunjung blog ini...
Baiklah kita terus kepada isi penting untuk post ini..
Untuk tugasan satu ini kumpulan kami memilih tajuk Ternakan Ikan Air Tawar. Di bawah ini adalah beberapa hasil cetusan idea dari saya.
Design 1
Dalam gambar ini dapat dilihat sebuah restoran tepi tasik, sebatang jambatan menuju ke sangkar ternakan ikan dan sebuah makmal penyelidikan dan galeri sebagai pusat informasi pengunjung Tasik Proton City.
Design 2
Untuk design 2 ini pula, ia adalah hasil cetusan yang banyak kekurangan terutama sekali bagi menarik orang ramai untuk datang melihat keistimewaan yang tersembunyi.
Design 3
Dalam design 3 ini, apa yang dapat dilihat adalah laluan pejalan kaki di mana pengunjung boleh melakukan riadah disamping melihat aktiviti penternakan ikan air tawar. Selain itu, sebuah restoran terapung ala tradisional juga disediakan untuk pengunjung menjamu selera.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengunjung blog ini kerana sudi melihat design-design yang kurang memuaskan hati anda semua.
Segala kekurangan dan kelemahan akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa.
Oleh itu komen anda semua diperlukan bagi meningkatkan hasil kerja saya pada masa akan datang. Sebarang komen amat dialu-alukan dan dihargai. Sekian...
Monday, 28 March 2011
Konsep yang telah dipilih adalah aquaculture.. disamping menjalankan aktiviti penternakan ikan air tawar di Tasik Proton, kami juga mencadangkan supaya pihak Proton berkerjasama dengan pihak UPSI bagi memudahkan pelajar Kemahiran Hidup dan khususnya pelajar Sains Pertanian untuk menjalankan penyelidikan untuk subjek ini. Selain daripada itu, kemudahan lain yang disediakan adalah seperti aquarium, tempat penyelidikan, pejabat (untuk sebarang pertanyaan, tempahan penyelidikan dan lawatan), ruang rehat dan sebagainya. Tempat yang disediakan menghubungkan kawasan penternakan dan aquarium, dimana antara cadangan-cadangan, cara perhubungan adalah seperti jambatan dan juga boat. Ini bagi mereka yang datang kesini, supaya dapat melihat alam semulajadi disamping dapat menambahkan lagi ilmu dalam bidang aquaculture.
Cadangan pertama :
Cadangan ke dua :
Cadangan pertama dan kedua : Dapat dilihat cara perhubungan diantara aquarium dan juga kawasan pemeliharaan adalah jambatan.
Cadangan pertama : dikawasan pemeliharaan juga disediakan ruang legar dan kawasan rehat. Penyelidik sekali gus boleh menjalankan perbincangan di sini.
Cadangan kedua : lebih simple, tetapi semasa pengkaji melalui jambatan ke aquarium, pengkaji dapat melihat pergerakan ikan dari stu kawasan ke kawasan yang lain melalui laluan (terowong) yang telah disediakan.
Cadangan ke tiga :
Cadangan ketiga lebih kurang sama dengan cadangan yang pertama. Apa yang membezakan adalah perhubungan antara aquarium dan juga kawasan penternakan. kemudahan yang disediakan adalah boat. ini adalah kerana bagi membolehkan pelawat dan pengkaji merasai lebih tentang alam sekitar.
Cadangan pertama :
Cadangan ke dua :
Cadangan pertama dan kedua : Dapat dilihat cara perhubungan diantara aquarium dan juga kawasan pemeliharaan adalah jambatan.
Cadangan pertama : dikawasan pemeliharaan juga disediakan ruang legar dan kawasan rehat. Penyelidik sekali gus boleh menjalankan perbincangan di sini.
Cadangan kedua : lebih simple, tetapi semasa pengkaji melalui jambatan ke aquarium, pengkaji dapat melihat pergerakan ikan dari stu kawasan ke kawasan yang lain melalui laluan (terowong) yang telah disediakan.
Cadangan ke tiga :
Cadangan ketiga lebih kurang sama dengan cadangan yang pertama. Apa yang membezakan adalah perhubungan antara aquarium dan juga kawasan penternakan. kemudahan yang disediakan adalah boat. ini adalah kerana bagi membolehkan pelawat dan pengkaji merasai lebih tentang alam sekitar.
Wednesday, 23 March 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)